Myriam Fares
Myriam Fares

Myriam Fares

Myriam Fares (Arab: ميريام فارسcode: ar is deprecated ; lahir di Kfar Chellal, Pentadbiran Selatan, Lubnan, 3 Mei 1983; umur 39 tahun) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita[1] Lubnan.[2] Myriam memulakan kerjayanya pada 2003, dan mengeluarkan single sulungnya "Ana Wel Shoq". Berikutan kejayaan single itu, beliau mengeluarkan album studio pertama bertajuk sendiri, Myriam (2003). Beliau dikenali di dunia Arab sebagai 'Queen of The Stage' kerana persembahannya[3] yang unik dan kerana menjadi satu-satunya artis wanita Arab yang melakukan rutin tarian berkoreografi sambil menyanyi.Album studio kelimanya Aman (2015) memecahkan rekod sebagai album yang paling banyak dimainkan dalam perkhidmatan penstriman Anghami[4] dan turut membuat debut lakonannya dengan siri TV Itiham.[5] Pada 2021, Fares membintangi rancangan dokumentari Netflix nya sendiri Myriam Fares: The Journey yang menjadikannya artis Arab pertama yang mempunyai dokumentari di Netflix dan turut berada di kedudukan nombor 1 di negara Arab.[3] Single 2018 beliau "Goumi" mendapat populariti di TikTok selepas cabaran tarian tular yang dicipta oleh artis itu sendiri dan telah melepasi 8.4 bilion jumlah tontonan.[6] Pada 2022, Fares bekerjasama dengan penyanyi rap Trinidad, Nicki Minaj dan penyanyi Colombia, Maluma, dalam single rasmi Piala Dunia FIFA "Tukoh Taka".[7]